Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Kuning & Ayam Sambal Hutan

Raya Aidil Adha yang baru lepas, ni kita langsung tak ambil gambar masak2 kita..even gambar disekitar dan suasana beraya dengan adik beradik & ipar duai pun tak ambik langsung..basically malas ler..hehe..entah ya sekarang ni kenapa kita berperasaan begini...macam dah tak kisah lagi macam dulu..excited every time.. nak ambil gambar especially my masak2..sekarang ni macam dah tone down kot?..yalah blogging pun dan nak masuk 3 tahun..follower pun belum sampai ribu2 lagi..hehe..tapi bukan itu yang kita kejar ya...to me now mungkin kalau ada time kita will update mana yang sempat..dan mungkin juga kerana itu..kita update a few entries at the same time, sebab nak kejarkan masa dan just want to compile as much recipes as possible for my own records & at the same time wanted to share what I have tried with the rest yang sudi kedapur kita ni..(Sorry drama mama sekejap..heheh)

Nasi Kuning ni kita masak the same day that I post entry on Nasi Jintan Putih hari tu..recipe yang dah lama terperap juga..baru ni dapat kesempatan untuk mencuba..Recipe dari dapur Puan NorAzmihah atau nama glamour Nor Terengganu..hehe..sedap juga nasi ni..dia tak muak & very mild flavoured gitu..memang boleh kena with most lauk I can say..Anak2 pun suka makan ni..memang boleh buat lagi next time...So minta izin & halal ya Nor kita panjang2kan recipe ni didapur kita pula untuk future reference..


Nasi Kuning
Sources:-From Nor@Secubit Garam
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)-(Ayu masak 5 cawan)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus-(Ayu gunakan 1 biji)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit pewarna kuning-(Ayu gantikan dengan 11/2 sudu kecil serbuk kunyit)
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

 


Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.(serbuk kunyit)
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
(Ayu hidangkan dengan Ayam Sambal Hutan)

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

Nasi Kuning diatas kita gandingkan dengan ayam sambal hutan ni....Alhamdullilah serasi betul dengan nasi kuning ni..besides tu kita sidekick dengan papodum..Macam mana perkataan Hutan ada kat title ni kenalah jawap sendiri ya..sebab kita pun tak tahu ..heheh..

Ayam Sambal Hutan
Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.
Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup

Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Yorum Gönder

0 Yorumlar